Falsafah, Visi Dan Misi

IMG_E2866[1]

FALSAFAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING :

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

VISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING :

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.

MISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING :

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling denga cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: