Program UBK

 

PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI PENGGAL 1 TAHUN 2018 :

Bulan Januari :

  1. Program Rimbunan Kasih
  2. Program Orientasi Tingkatan 1
  3. Program Orientasi Tingkatan 2
  4. Program Orientasi Tingkatan 3
  5. Program Orientasi Tingkatan 4
  6. Temuduga Ahli SLAD
  7. Temuduga PRS
  8. Pelancaran Guru Penyayang Peringkat Sekolah
  9. Program Serasi Bersama
  10. Program Jom Ke Sekolah
  11. Pelancaran Program Anti Ponteng
  12. Program Say No To Truancy
  13. Program Bersama Ibu Bapa Pelajar Ponteng
  14. Kem PRS Muda
  15. Penetapan Sasaran PT3 / SPM / STPM
  16. Program Ikatan Kasih Bil. 1/2018

Bulan Febuari :

  1. Program Mencari Permata
  2. Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 1 – (Inventori Minat Kerjaya)
  3. Mentor Mentee Bil. 1/2018

Bulan Mac :

  1. Program Stop Me Save Me
  2. Urine Test
  3. Program Ikatan Kasih Bil. 2/2018
  4. Program Pendidikan Kerjaya

Bulan April :

  1. Minggu Anti Dadah
  2. Mentor Mentee 2/2018
  3. Lawatan Kerjaya Tingkatan 2 Ke UPM
  4. Kem Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Kokurikulum
  5. Mentor mentee Bil. 3/2018

Bulan Mei :

  1. Orientasi Tingkatan 6 Bawah
  2. Program Silang Budaya

Bulan Jun :

  1. Program Rimbunan Kasih
  2. Program Ikatan Kasih
  3. Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM)
  4. Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM & STPM 2017 – Press Metal
  5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Bulan Julai :

  1. Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-18
  2. Seminar Didik Rakyat 2018
  3. Mentor Mentee Bil. 04/2018
  4. Pesta Gawai Raya KidSS 2018

Bulan Ogos :

  1. Kem Transformasi 2018 – PPSDM Fasa 3
  2. Program Riang Ria Bersama PERYATIM 2018
  3. Program Kembara Haji – DWEN
  4. Ikatan Kasih – Ambang Merdeka “Doa Untuk Malaysia”

Bulan September :

  1. Ujian Saringan Air Kencing Bil. 2/2018
  2. Program Kesihatan Remaja Anjuran OSTPC
  3. Penutupan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM)
  4. Penutupan Mentor-Mentee
  5. Program Kesedaran Seksual Dalam Kalangan Remaja
  6. Kidurong Berdoa
  7. Majlis Izin Ilmu Bersama Ibu Bapa PT3

Bulan Oktober :

  1. Pasca PT3
  2. Kem Sahabat PEMADAM
  3. Kem Unit Beruniform
  4. TRIA – Training & Industrial Awareness
  5. Program Selangkah Ke Alam Menengah
  6. Lawatan Sambil Belajar Ke Kolej Vokasional Bintulu
  7. Program Laskar Pelangi (Jamuan Akhir Tahun PRS & Pengawas PPDa)
  8. Majlis Izin Ilmu STPM
  9. Majlis Izin Ilmu SPM

****************************************************************************

#Penggal Kedua Persekolahan Di SMK Kidurong

Program Laskar Pelangi (Jamuan Akhir Tahun PRS & Pengawas PPDa) – 03.11.2018

 

Program Selangkah Ke Alam Menengah – 26.10.2018

Setiap tahun pihak sekolah akan menganjurkan program Selangkah Ke Alam Menengah khusus untuk murid-murid Tahun 6 dari sekolah rendah yang ada di sekitar kawasan SMK Kidurong. Tahun ini sekolah yang terlibat ialah S.K Kidurong, S.K Kidurong 2, S.K Agama (MIS) dan SJK Chung Hua dengan seramai 389 orang murid hadir diiringi 17 orang guru sekolah masing-masing. Pengisian sepanjang program termasuk taklimat kurikulum, taklimat kokurikulum, taklimat pendaftaran ke Tingkatan 1, taklimat Pusat Sumber dan Inovasi serta taklimat disiplin.

 

 

Lawatan Sambil Belajar Ke Kolej Vokasional Bintulu – 26.10.2018

Lawatan ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam aliran kemahiran dan merupakan di antara pengisian bagi aktiviti Pasca PT3. Seramai 69 orang pelajar SMK Kidurong yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing dan diiringi oleh 4  orang guru kaunseling menyertai lawatan sambil belajar ini.

 

 

Program TRIA – 20 hingga 22 Oktober 2018

Training And Industrial Awareness (TRIA) 2.0 pada tahun ini telah dilaksanakan di Hotel Everly dan disertai oleh 10 orang pelajar, dan diiringi oleh seorang guru kaunseling. Pengisian program ini adalah untuk menginspirasi pelajar Tingkatan 3 untuk melanjutkan pelajaran aliran STEM selari dengan keperluan industri di Sarawak.

 

Kem Badan Unit Beruniform – 18.10.2018

Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun ini idikendalikan sepenuhnya oleh UBK dengan kerjasama beberapa orang guru pengiring Unit Beruniform yang  juga terlibat secara langsung sebagai AJK. Di antara badan Unit Beruniform yang terlibat ialah seperti Pengakap, Kadet Bomba, St. John, PBSM, Kadet Polis, Puteri Islam, Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah, Taekwando dan Silat. Perkhemahan diadakan pada 18 Oktober sehingga 19 Oktober 2018, bertempat di tapak perkhemahan KidSS Eco Camp. Seramai 10 orang pelajar yang mewakili setiap badan beruniform terlibat.

 

 

Program PASCA PT3 – 8.10.2018 hingga 8.11.2018

Program ini bermula sejurus selesainya PT3, iaitu pada 8 Oktober 2018 sehingga 8 November 2018.  Perancangan bagi pelaksanaan pasca PT3 bagi tahun telah disusun mengikut penggiliran kelas bagi memudahkan kawalan pelajar. Di antara pengisian yang dibuat ialah slot ceramah daripada pihak Pusat Koreksional Bintulu, AD Leong (bekas penagih), Kolej Vokasional dan Pusat Smart Tuisyen. Di samping itu, turut diadakan beberapa jenis LDK, pertandingan persembahan antara kelas, pertandingan futsal, halangan komando dan hala tuju kerjaya.

Majlis Izin Ilmu PT3

Buat julung kalinya pada tahun ini Majlis Izin Ilmu yang diadakan pada 28 September 2018 telah dimeriahkan dengan kehadiran para ibu bapa pelajar Tingkatan 3, dan sambutan yang diperolehi adalah sangat memberangsangkan.

Program Ikatan Kasih – Kidurong Berdoa

Ini merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun, khusus untuk pelajar kelas Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan – PT3, SPM dan STPM. Tahun ini program telah dijalankan pada 26 September 2018, bermula pada pukul 6.50 pagi hingga 9.50 pagi bagi yang beragama Islam, manakala bagi yang bukan beragama Islam pula akan bermula pada pukul 6.50 pagi dan selesai  pada pukul 8.50 pagi. Pelajar dan guru yang beragama Islam akan berkumpul di Masjid Al Hidayah, manakala bagi yang beragama Kristian berkumpul di Ruai Teratai, agama Budha pula berkumpul di Bilik Bahsa Cina, dan seterusnya bagi lain-lain agama akan berkumpul di perpustakaan sekolah.

 

Program Kesedaran Jenayah Seksual Dalam Kalangan Remaja – PDRM

Program ini merupakan anjuran pihak PDRM Kuching khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah tentang kepentingan menjauhi jenayah seksual. Program ini telah dilaksanakan di Bilik Sri Belian, SMK Kidurong pada 19 September 2018 melibatkan seramai 140 orang pelajar yang bermasalah disiplin (Tingkatan 1 dan 2).

Program Penutupan PPSDM – Fasa 4 (Penutupan)

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar yang telah melakukan kesalahan disiplin agar mereka dapat membuat perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh. Pelaksanaan program kali ini merupakan kesinambungan daripada fasa yang ketiga, dan ini merupakan penutup kepada Kem Transformasi. Penutupan PPSDM ini telah disempurnakan oleh wakil PPD, iaitu En. Mohamad Zaidi B. Ismail.

Program Kesihatan Bersama One Stop Teen Pregnancy Committee (OSTPC)

Kehamilan remaja yang berlaku di Sarawak merupakan satu permasalahan sosial yang memerlukan perhatian serius. Beberapa tahun kebelakangan ini negeri Sarawak merupakan antara negeri di Malaysia yang mempunyai bilangan peratusan kehamilan remaja yang tinggi berbanding negeri lain. Justeru satu jawatankuasa OSTPC  yang terdiri daripada pelbagai jenis agensi ditubuhkan dan bertanggungjawab di dalam menangani isu-isu berkaitan kehamilan remaja di bawah umur mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah di sekolah-sekolah bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan diri pelajar tentang bahaya dan isu-isu hamil awal. Program ini telah dijalankan pada 6 September 2018, bertempat di Ruai Teratai SMK Kidurong dengan kerjasama UBK dan jawatankuasa OSTPC seperti Pejabat Residen Bintulu, Pejabat Kesihatan Bintulu, PDRM Cawangan Bintulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Bintulu serta Unit Psikologi Hospital Bintulu. Program pada tahun ini melibatkan pelajar kelas Tingkatan 2, seramai 100 orang.