LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING UTARA

Pada 10 April 2018 (Selasa), Lembaga Pengawas Sekolah SMK Kidurong(KIDSS) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA). Seramai 56 orang pengawas dan 5 orang guru pengiring telah mengikuti rombongan tersebut.

Rombongan pelajar dan guru dari SMK Kidurong telah sampai ke Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) sekitar jam 10.00 pagi hari Selasa. Lawatan ini telah di sambut meriah oleh Pengetua SAKURA, Dr Norisah bt Suhaili bersama guru kaunseling serta duta-duta dari SAKURA. Lawatan kami dimulakan dengan sesi fotografi bersama-sama pengetua,guru kaunseling dan duta SAKURA. Kemudian, sesi tayangan video kepimpinan antara SAKURA dan KIDSS telah dijalankan di perpustakaan SAKURA. Melalui tayangan video dan penerangan dari setiap wakil pelajar SAKURA dan KIDSS, para pengawas dari kedua-dua sekolah mempunyai banyak pendedahan serta perkongsian ilmu terutamanya dalam menjalankan tugas mereka seharian. Di akhir sesi tayangan, sesi pertukaran cenderamata dari kedua-dua sekolah dengan diwakili oleh Ketua Pengawas KIDSS dengan Pengetua SAKURA.

Rombongan pengawas dari KIDSS kemudiannya dijemput untuk melawat sekitar kawasan SAKURA sebelum bertolak balik untuk lawatan ke Fakulti Perubatan Unimas di Kota Samarahan pada sesi petangnya.

 

 

IMG_5389

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: