Lawatan Ke Fakulti Perubatan Unimas, Kota Samarahan

Pada 10 April 2018, Selasa,rombongan pengawas dan guru KIDSS kemudiannya meneruskan lawatan ke Fakulti Perubatan Unimas di Kota Samarahan pada jam 2.00 pm selepas singgah menunaikan solat zohor di Masjid Putih di Matang Jaya untuk yang beragama Islam.

Ketibaan kami disambut oleh Cik Monica,salah seorang pegawai Unimas di lobi Atrium Tingkat 1 Fakulti Perubatan. Rombongan pengawas dan guru KIDSS kemudiannya dibawa ke bilik mesyuarat tingkat 3 untuk mendengar taklimat kerjaya dari Prof Dr Kamarudin Kana, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Dr Kamarudin banyak berkongsi maklumat tentang bagaimana untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah terutamanya dalam bidang kedokoktoran. Selesai sahaja sesi taklimat, sesi pertukaran cenderamata dari kedua-dua pihak dari Ustaz Mahyudin wakil SMK Kidurong ke Prof Dr Kamarudin Kana.

Rombongan pengawas dan guru kemudiannya telah diberikan kesempatan untuk melawat muzium anatomi di Tingkat 1 Fakulti Perubatan Unimas. Di sini, para pengawas KIDSS dapat melihat serta memahamimdengan lebih jelas setiap anatomi bagi setiap badan manusia serta mengaitkannya dengan matapelajaran yang mereka pelajari di sekolah dengan dibantu oleh beberapa pegawai yang bertugas di muzium tersebut. Sebelum berangkat balik, para pengawas dan guru sempat bergambar di muzium tersebut sebagai kenang-kenangan dan sekitar jam 5.00 pm, rombongan lawatan bergerak balik ke Asrama Yayasan Sarawak .